Khamis, 16 Julai 2015


Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafi.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Cahaya ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri.

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
Komen aje penggganti diri.

Jambangan indah lagi Berseri,
Menjadi hiasan diAidilfitri,
Komen dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Komen dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Komen dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
Komen dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati.

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat dah nak hantar,
Komen pun kira oklah ya..!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Komen dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN.....
IKHLAS DRP AIN HOMESTAY SRI GOMBAK